Scha ‘Geletek’ Awal Ashaari Untuk Bangun Sahur?


Menjalani ibadah puasa bersama sebagai pasangan suami isteri untuk tahun yang pertama, Awal Ashaari dan Scha Al- Yahya akui mereka melalui pengalaman dan detik manis bersama yang sangat menyeronokkan ramadan ini.

Malah Awal Ashaari berkata dia dapat merasakan banyak perubahan ramadan kali ini bersama Scha Al-Yahya, apatah lagi waktu sahurnya kali ini tidak lagi dikejutkan ibunya, sebaliknya ia dilakukan isteri tersayang dengan cara yang sangat berbeza dan manja.

“Saya akui memang susah untuk bangun sahur. Jika saya bangun sahur pun saya hanya akan minum air atau mengambil apa jua makanan yang ringan.Tetapi waktu dulu ibu saya sangat memberatkan kepada kami untuk bangun waktu sahur kerana dia akan masak dengan banyak untuk kami sekeluarga makan. Jadi macam mana pun dia akan paksa anak-anaknya bangun sahur.

“Namun, cara ibu saya kejut sahur adalah dengan cara memercikkan air ke muka dan cubit-cubit supaya saya tetap akan bangun bersahur. Berbeza dengan Scha yang tidak terlalu memaksa tetapi tetap mahu saya bangun untuk minum paling tidak segelas air.

“Cara Scha kejut sahur tidak terasa kerana dia akan menggeletek saya sehingga saya bangun. Jika tidak dia akan begurau dengan mempercepatkan waktu di jam bagi menakut-nakutkan saya bahawa waktu bersahur hampir tamat. Walau bagaimana pun dia berjaya buat saya tertipu dan akhirnya bangun,” katanya ditemui pada majlis berbuka Astro Shaw, di Hotel One World, malam kelmarin

Sementara itu, Scha Al-Yahya pula memberitahu dia gembira kerana sudah berpeluang memasak untuk suami tercinta dengan menyediakan juadah kegemaran Awal.

“Walaupun sedih kerana kami tidak dapat berbuka bersama pada 1 Ramadan disebabkan tuntutan kerja masing-masing tetapi saya bersyukur kerana berpeluang dapat memasak juadah berbuka untuk kami bersama.

“Saya masak lauk yang ringkas sahaja iaitu sambal goreng ikan bilis dan juga sotong goreng kunyit, tetapi Awal sangat suka masakan sotong goreng kunyit saya. Kami masak bersama di dapur. Saya masak dan Awal tolong kritik. Dia suka mengkritik dan apa yang saya sediakan itu banyak mengikut citarasanya berbanding saya.

“Namun saya gembira kerana kami banyak habiskan masa bersama dalam menjalani ibadah puasa termasuk dapat melakukan terawih bersama-bersama,” jelasnya Scha.

Awal dan Scha yang hingga kini masih menunggu rezeki untuk menimang cahaya mata telah berkahwin pada 4 Mei lalu.

p/s Masa mula-mula kahwin kalo kejut laki bangun sahur bolehlah main geletek-geletek...
tapi kalo dah lama kahwin..masih nak geletek-geletek lagi,
maunya makan penampo...
Dah tua-tua nak geletek-geletek...
Buang tebiat ke?

Ulasan

  1. hihihihi..
    betul betul betul..
    semoga mereka berbahagia..
    dan cepat menimang anak..=)

    BalasPadam
  2. hihi..dah tua-tua ni kalo nak kejut laki guna cara geletek..hati2 laa...
    Tak pasal2 jadi gaduh...

    BalasPadam
  3. saya terbalik...asben kejutkan sahur ngan letak jam kat telinga...memekak je jam loceng tu..hihi

    BalasPadam

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!