Lisa kata Yusry tak suka berbuka di luar... susah solat!Ye Ker?

Belum seminggu berpuasa, sudah penuh jadual dengan jemputan buka puasa. Buffet buka puasa sekarang ini bukan murah, beratus, Ada yang satu kepala sampai RM150…mak datuk, makan apa agaknya tu? Inilah tanda negara yang makmur.

Cakap pasal buka puasa, ketika berbual dengan Lisa Surihani, dia kata dia dan suaminya kalau ada pilihan, lebih suka berbuka di rumah saja.

Katanya, dia tak kisah, tapi suami kesayangan, Yusry lebih suka makan di rumah saja sebab senang nak solat. Di luar bukan tak ada tempat solat, tapi maklumlah, bila sudah makan dan jumpa kawan-kawan, masa jadi terlalu singkat. Terkejar sana sini.

Diam tak diam, Yusry dan Lisa sudah tujuh bulan jadi suami isteri. Masih romantis, macam pengantin baru. Kata Lisa, sekarang ni dalam bulan puasa, mereka masih sibuk, sekalipun Lisa tak terlibat dalam mana-mana penggambaran drama Ramadhan atau Raya, banyak juga kerja alihsuara.

“Kami tak nak jadikan alasan untuk tak bekerja di bulan puasa,” kata Lisa yang mengakui lebih senang berbuka dengan suami walau di mana pun mereka bertugas.

Kadang kala katanya, Yusry akan datang ke lokasinya atau mereka jumpa di tempat lain untuk berbuka bersama. Begitulah selalunya, ataupun berbuka di rumah keluarga Lisa ataupun Yusry.

“Ini puasa pertama kami, jadi Lisa agak seronok. Bila tak sibuk, Lisa akan masak, sekarang ini seronok pula memasak. Seronok ke pasaraya beli bahan dan suka eskperimen juadah baru."

"Tapi Yusry bukan suami yang cerewet bab makan, dia tak kisah tapi Lisa suka makan. Sebab itu berat badan sudah bertambah,” kata aktres ini yang jadi pelakon undangan untuk Oh My English.

Sepanjang bulan puasa ini Lisa juga sibuk dengan persiapan rumah baru mereka yang bakal siap dalam tempoh sebulan. Kediaman yang terletak di Country Heights, Kajang ini kata Lisa berkonsep kontemporari dan sedikit ciri Eropah.

“Warna luar kelabu, tapi di dalam berbeza-beza. Setiap bilik dan ruang berlainan, ada perseimbangan. Dan, belum ada bilik anak sebab Lisa belum apa-apa lagi!” katanya.

“Ia bukanlah sebuah mansion. Taklah besar sebab kami berdua tak suka rumah yang besar-besar, tapi yang penting adalah selesa.”

Kitapun faham Lisa dan Yusry bukan orang yang suka cakap besar berdegar-degar. Tapi cukup humble kata orang putih. Baguslah macam tu sebab apapun kita semua sedia maklum, kalau rumah Country Heights tu tentunya bukan rumah teres, betul tak?

Tak kisahlah tu, janji pasangan ini bahagia dan sama-samalah kita doakan agar mereka dapat bahagia yang berganda dan cepat menjadi ibu dan ayah.

Kitapun tumpang bangga dan sudah tentu ramai peminat di luar sana yang tidak sabar melihatnya Lisa atau Yusry Junior… pasti lawa dan comel.-26/7/2012


Agendadaily

Ulasan

  1. Ramai artis tinggal area Kajang tp susah nak nmpk.....hehe...kampong akk tu.
    Hrp lisa n yusry kekal selamanya.

    BalasPadam
  2. @~~zana@pb~~
    bisalah artis2 ni mmg mahal sikit..suka berkurung gamaknya..

    BalasPadam

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!