Terkini ►

Kesian Ally Iskandar Dan Isteri.........

Belum boleh timang anak

Selepas sedekad, baru kali ini Ally Iskandar ambil cuti raya

“Saya harus bertahan sehingga hujung tahun ini saja,” luah pengacara televisyen, Ally Iskandar, yang mengakui belum boleh menimang cahaya mata dalam masa terdekat selagi isterinya bergelar pelajar. Sebelum itu, Ally

yang baru tujuh bulan mendirikan rumah tangga bersama pelajar jurusan Kejuruteraan di Universiti In Ha, Korea Selatan, Nurfarahin Romli, 23, atau lebih dikenali sebagai Farah Lee, hanya mampu tersenyum apabila diajukan soalan mengenai anak.
Sebelum berkahwin lagi saya ada menyuarakan hasrat kepada pihak pengurusan untuk bercuti, jika saya sudah berumah tangga. Alhamdulillah, hajat itu terlaksana selepas 10 tahun mengacarakan Malaysia Hari Ini (MHI) pada pagi 1 Syawal,” - Ally Iskandar, Penerbit/pengacara.
Pasangan suami isteri juga dilihat begitu memanfaatkan masa bersama, apabila Farah pulang bercuti sepanjang Ramadan hingga September nanti.

“Nak buat macam mana, kami terpaksa merancang dulu, selagi Farah belum habis belajar. Itulah syarat yang ditetapkan kepadanya, memandangkan isteri saya ialah pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Lagi pun, saya tidak mahu mengganggu tumpuan pelajarannya. Jika dia mengandung, sudah tentu saya amat risaukan kesihatannya di sana, tanpa suami di sisi.

“Insya-Allah dia akan menamatkan pengajiannya penghujung tahun ini. Selepas itu, barulah kami boleh merancang untuk mendapatkan anak. Saya pun bukannya muda lagi,” katanya yang ditemui pada rakaman program Mentor Raya, baru-baru ini.
Isteri cuti tiga bulan

Ally yang mengakui begitu gembira dapat bersama isteri sepanjang tiga bulan ini, turut memberitahu, dia tidak akan muncul di kaca televisyen pada 1 Syawal nanti, selepas 10 tahun berbuat demikian.

“Alhamdulillah, rezeki tahun ini berpihak kepada saya. Sebenarnya bukannya saya tidak pernah minta cuti sebelum ini, namun apabila ramai yang berbuat begitu, saya berasa bertanggungjawab dan komited untuk bersiaran pada pagi raya.

“Sebelum berkahwin lagi saya ada menyuarakan hasrat kepada pihak pengurusan untuk bercuti, jika saya sudah berumah tangga. Alhamdulillah, hajat itu terlaksana selepas 10 tahun mengacarakan Malaysia Hari Ini (MHI) pada pagi 1 Syawal,” katanya.

Pasangan yang berkahwin pada 20 Januari lalu di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu, ini akan menghabiskan Syawal selama seminggu di kampung halaman mereka di Terengganu.

“Saya akan bercuti dua hari lebih awal untuk pulang ke Terengganu. Kami akan menyambut 1 Syawal di kampung saya terlebih dulu. Pada raya kedua barulah ke rumah Farah pula. Jaraknya tidak jauh pun, hanya 20 minit perjalanan,” katanya.

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori artis dengan judul Kesian Ally Iskandar Dan Isteri.......... Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://akakdisebalikpintu.blogspot.com/2012/08/kesian-ally-iskandar-dan-isteri.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Kak Tie - 11 Aug 2012

Belum ada komentar untuk "Kesian Ally Iskandar Dan Isteri........."

Post a Comment

jerit kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaru