Header Ads

Giliran Memey Pula Yang Jawab Isu Berbaik Ngan Abby

loading...
Tersebarnya khabar baik mengenai hubungan Abby Abadi, Memey Suhaiza dan juga Norman Hakim agak mendapat perhatian semua orang apabila gambar-gambar mereka sekeluarga bersama anak-anak berbuka bersama dan juga bersolat bersama. Pelakon Memey mengulas mengenai status terkini hubungannya dengan Abby Abadi yang dikatakan sudah kembali jernih.

“Alhamdulillah, kami bersyukur sangat-sangat kerana ini yang kami impikan selama ini. Berkat bulan yang mulia ini, akhirnya mimpi kami menjadi kenyataan,”

Telah dihubungi Memey dan isteri kepada Norman Hakim ini mengesahkan sendiri mengenai perkara tersebut.

“Kami tak pernah putus-putus mendoakan agar Tuhan menyatukan kami dan Alhamdulillah, ini semua berkat doa dari semua. Yang paling gembira mengenai perkara ini tentulah anak-anak dan bagi saya, inilah yang terbaik demi masa depan mereka. Kegembiraan juga jelas terpancar di wajah mereka apabila melihat mama dan mummy mereka berbaik.”

Menceritakan lebih lanjut mengenai bagaimana hubungan baik mereka terjalin, Memey memberitahu, “Semuanya berlaku ketika bulan Ramadhan. Kami betul-betul dapat petunjuk baik ini ketika minggu lepas masa Memey nak ambil anak-anak di rumah kak Abby di Shah Alam. Masa itu kak Abby terus peluk Memey selepas kami bersalam.

“Selepas itu, masing-masing faham itu satu petunjuk yang positif. Mengenai dua gambar itu, semua ini tak dirancang. Abang Norman jemput Kak Abby untuk berbuka puasa bersama kami kelmarin. Ini kali pertama kami buka puasa bersama dan waktu itu, ibu Kak Abby pun ada bersama. Selepas berbuka, kami mengerjakan solat Maghrib bersama di mana abang Norman yang mengimamkan solat tersebut.”

Menyentuh mengenai persiapan bulan Ramadhan serta Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, Memey yang kini hamil 3 bulan memberitahu, “Sekarang ini saya telah alami alahan yang teruk, jadi Ramadhan kali ini saya tidak dapat berpuasa sepenuhnya dalam keadaan macam ini.

Sebelum ini saya gila makan ayam, tapi kali ini, hanya ayam Nando’s saja yang boleh saya makan kerana yang lain saya dah tak boleh masuk. Saya juga suka makan makanan Barat sekarang.

“Mengenai Aidilfitri pula, kami akan pulang beraya ke rumah keluarga mertua di Kuantan terlebih dahulu. Selepas itu kami akan pulang semula ke Kuala Lumpur untuk sambut raya bersama-sama dengan kak Abby sebelum kami berangkat ke Johor untuk beraya selama dua hari di sana.”


2dayblogger.com
Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.