Header Ads

Surat wasiat Micheal Jackson, palsu?

loading...
Perseteruan dalam keluarga Jackson bagai tiada penghujungnya walaupun Raja Pop dunia itu telah meninggal tiga tahun lalu.

Ia bertambah parah apabila adik beradik Michael - Janet Jackson, Jermaine Jackson, Tito Jackson, Randy Jackson dan Rebbie Jackson mendakwa surat wasiat Michael adalah palsu.

Menerusi wasiat itu, disebutkan bahawa harta kekayaan Michael akan diwariskan pada ibunya, Katherine dan tiga anak Michael, iaitu Paris, Prince dan Blanket.

Kecurigaan mereka semakin kuat apabila lokasi surat itu di tandatangan adalah pada 7 Julai 2002, di Los Angeles, padahal ketika itu Michael berada di New York.

"Tidak mungkin dan tidak masuk akal apabila dia berada di dua tempat berbeza dalam waktu yang sama," ujar Jackson bersaudara itu dalam surat bantahan mereka.

Selain itu, kehadiran John Branca dan John McClain sebagai saksi wasiat itu juga menimbulkan keganjilan kerana Michael tidak pernah menyukai dua pengacara tersebut.
Loading...

1 ulasan:

  1. MJ dah lama meninggal..
    mmg patut pun harta tu diberi kpd anak2nya...

    BalasPadam

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.