Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

Wahhhhhh!!!!!!.....lakiku dah pandai mengeluh.....

Kata seorang suami mithali kepada isterinya...layannnn


Duhai isteriku...Tipah
Abang ingin kahwin lagi
Bukan dirimu telah ku benci
Cuma hadirnya tanpa ku sedari
Dia rakan abang di tempat kerja
Selalu sangat abang bersama
Dah tugas bukan sengaja
Abang takut syaitan menggoda ...


Memang abang akui dia cantik
Lenggok jalannya buat hati berdetik
Dia juga golongan baik-baik
Beradab bersopan juga cerdik
Dia tak pernah menggoda
Cuma abang nie yang perasan saje
Bila bekerja berbincang bersama
Ntah kepala nie dah melayang ke mana
Mungkin dia tak rasa apa apa...

Bukan sayang abang dah jemu
Sayang masih lagi cantik macam dulu
Namun bukan cantik yang abang perlu
Layanan sayang itu yang buat tak jemu
Cuma di opis sayang tak ada
Boring dan jemu datanglah jua
Tak ada sape nak ajak berbicara
Itu sebab abang call setiap masa
Nak tunggu time balik tak terdaya rasa..
Nanti kat rumah urus anak pula

Abang akui sudah lengkap dirimu
Cuma abang kan berhak kawin dua
Bahkan empat pun tak apa
Sebab itu ketentua…

Wahai suami..anda ada niat pasang 4??..meh singgah sini..

Imej
Baca sampai habis tau...jgn sekerat jalan jew...:(

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai
empat orang isteri.
Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta
dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat
adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya.
Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang
terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga.
Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering
berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini
kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang
kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang
lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga
sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang
sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila
peda! gang ini mendapat masalah, dia selalu meminta
pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat
bergantung.
Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang su…

Hah!!..Tu dia...baru bertemu buku dengan ruas.

KISAH BENAR - WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG.....

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah.Buat semua,pada yang dah berkahwin,baru nak kawin ataupun akan kawin nanti,kisah nie biarlah tersemat didalam jiwa...

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun samp…

Meday!!!Meday!!!......mintak bantuan dari anda semua!!!!

Imej
Pembantu rumah yang melarikan diri bersama semua barang berherga/barang kemas, NANI SANISAH SUPARMAN,
Sila hubungi Razlina @ 0193550755 jika terlihat, terjumpa atau mengetahui dimana beliau berada.

p/s...kerjasama diharapkan kepada semua pembaca2 blog tak kira dimana saja berada...di M'siakah atau diluar M'sia dapat sharekan ke FB atau blog masing2....bantuan dari anda semua amat2 dialukan.
Terimakasih.

Kpd yang bernama suami....

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami??
Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali.
Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.

TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,
dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...

KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila
tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang
isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek
"Ada duitkah suamiku?"
TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini
kau "Ada duit ke?"
sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?

Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari
tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas
terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi
suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan

TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut
lagi…

Jeles tak bertempat??

Imej
NOOR...menyesal

KUALA TERENGGANU: “Dulu saya garang dan suka marah suami tapi selepas diceraikan saya amat menyesal. Kini saya tergila-gilakan bekas suami biarpun dia sudah berkahwin lain.

“Untuk mengubat rindu, saya minta kain pelekat dan tuala bekas suami untuk hidu baunya,” kata seorang janda hanya mahu dikenali sebagai Noor.

Wanita berusia 49 tahun itu mengaku perceraian dengan suaminya dua tahun lalu berpunca daripada kesilapannya sendiri yang tidak mahu dikongkong dan suka memarahi suami biarpun ketika itu dia bekerja sebagai guru mengaji al-Quran.

Noor berkata, sikapnya itu menyebabkan rumah tangganya sentiasa diselubungi masalah hingga dia nekad meminta cerai daripada suaminya.


“Selepas bercerai, saya hanyut dalam kehidupan melalaikan seperti sering ke pusat karaoke mengubati kekecewaan,” katanya yang dikurniakan lima cahaya mata hasil perkongsian hidup itu.-Harian Metro

ok...kita tengok apa kata Dr.Fadzilah Kamsah..
C1. CABAR
Lelaki mempunyai…

Ya Allah...betapa tingginya moyang kita

Imej
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Allah telah menjadikan Nabi Adam setinggi enam puluh hasta. Setelah menciptakannya Allah berfirman: Pergi dan berikan salam kepada kumpulan itu. Mereka adalah sekumpulan Malaikat yang sedang duduk, maka dengarlah jawapan mereka kepadamu kerana salam itu adalah salam penghormatan untukmu dan keturunanmu. Maka Nabi Adam pergi dan mengucapkan: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ Mereka menjawab: السَّلَامُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ اللَّهِ Mereka menambahkan وَرَحْمَةُ اللَّهِ Maka rupa bentuk setiap manusia yang akan memasuki Syurga adalah seperti Nabi Adam. Ketinggiannya enam puluh hasta. Setelah Nabi Adam, rupa bentuk (ketinggian) manusia terus berkurang hingga sekarang.


See???....cuba tengok contohnyalah.. macam kita.. alahai berapa meter sgtla.. baju pun paling2 4 meter - 5 meter tapi itu pun kita masih terus bongkak dan angkuh.
Ada yang kata(melalui sumber)tinggi Nabi Adam ialah 60 hasta, tetapi semasa beliau mula turun ke muka bumi k…

B.I pun B.I lahh....

sejak ada zaman internet, saper yang tak pandai BI, akan ketinggalan..macam aku
sedey kan??
tapi...
terimalah hakikat..
Aku pun tak reti, bila cakap asyik kena gelak,
pasal banyak salah nahu, tapi aku peduli apa?, aku hentam jer..,
biar mereka gelak..
lalu aku balas gelakan mereka dalam gelak BI
Hahahahahha....

Hhhmmm...tu yang aku duk bersemangat giler ni..
blaja BI....harap x terlambat...wakakaka

facsimile=faksimili
national=nasional
potential=potensi
automotive=automatif
automatic=automatik
formation=formasi
contract=kontrak
complex=kompleks
bond=bon
university=universiti
tissue=tisu
wire=wayar
normal=normal
telephone=telefon
class=kelas
allowance=elaun
profile=profail
landscape=lanskap
industry=industri
cement=simen
oxygen=oksigen
oxide=oksida
deoxidations=penyahoksidaan
oxidise=mengoksidakan
peroxide=peroksida

hihihi...kira boleh laaa....ekk??

Ehhh???!!!....sukanya...sukanya

Blog dah boleh bukak ni....hepi ler..
Tapi anak aku kata..
tak yah main blog la mak..
mak kawan2 dia memang x tau main2 IT ni..FB jauh skali..
Ehhh...kesitu lak...
mmm...tu dia punya pasal lah..
janji blog aku dah baik dari koma ni...
hepi sangat2..
mmm..tapi x tahulah kalo ada apa2 yang ilang...
nanti aku check...
hepi ni...woha!!!

Gelak-gelak sikit....tak pun senyum jer

Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala
==============================================================================================


Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: ” Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?” “Dah tentu, ” jawab doktor. “Oh, gembiranya.
Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki
itu dengan riang.
================================================================================================
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Sh…

Pengakuan seorang perogol

Hati pakcik makin hari makin resah. Anak gadis sulung pakcik, Julie (bukan nama sebenar) sering pulang lewat ke rumah.
Dia juga sudah tidak berminat untuk belajar sehingga memaksapakcik menghentikannya daripada sekolah.
Puaspakcik menegur dan memarahi anak pakcikitu tetapi ia berlalu bagaikan mencurah air di daun keladi, masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.
Lebih membimbangkan, apabila beberapa orang rakan sekerja pakcik memberitahu yang mereka pernah terserempak dengan Julie di salah sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang.
Menurut mereka, pakaian Julie ketika itu sangat seksi dan sedang berpelukan dengan lelaki bukan Melayu.
Walaupun jauh di sudut hati pakcik tidak mahu mempercayai kata rakan-rakannya itu, tetapipakcik sedar sesuatu harus dilakukan, bak kata pepatah kalau tidak ada angin, mana mungkin pohon bergoyang.
Oleh kerana tidak mahu membuat tuduhan melulu,pakcik mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri pergerakan anak gadis pakcikitu.
Pakcikakhirnya akur. Sesuatu ha…

Ashraf oh Ashraf...apa dah jadi???

Imej
MOHD. ASHRAF meninggalkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu semalam.



KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi di sini semalam menjadi tumpuan gara-gara kemunculan seorang lelaki berpakaian wanita yang hadir untuk mendengar keputusan berhubung permohonannya mendapatkan kebenaran menukar nama kepada nama wanita.

Bagaimanapun, hajat Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, itu tertangguh apabila Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh 18 Julai depan sebagai tarikh keputusan kes.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak dan meneliti petisyen yang dikemukakan pemohon melalui peguamnya, Horley Isaacs.

Ashraf yang berbaju kurung merah putih dan bertudung merah jambu hadir ke mahkamah bagi mendengar permohonannya untuk mendapat kebenaran menukar nama kepada Aleesha Farhana Abd. Aziz.

Mohd. Yazid dalam penghakimannya berkata, walaupun pemohon telah melakukan pembedahan jantina, mahkamah tetap berdepan kesukaran untuk membuat keputusan.-KOSMO

P/s...Ingt senang …

Sedihnya sebuah cinta

Sedih giler tu……pastikan tisu berada di sisi anda…
Tersebut al-kisah 2 insan bercinta… yg laki tu nama Razak,
yg pompuan tu nama Fatimah. Razak ni panggil fatimah ni
sebagai ‘imah’ je (nak kasi nampak manje le tuh). imah
ni lak panggil razak ni ‘abang’ je cos diorang ni dah
close, lagi pun razak ni lagi tua drpd imah 4 tahun.
Entah macam mana, diorang ni kena berpisah dlm jangka
masa 3 tahun. Razak tu kena gi UK . lama gak tuh…
Imah ni kesepian le kat Singapura.
Since dah pisah lama gak.. then imah boring dok umah sorang
…Ada lak mamat yg bernama kamarul dtg jumpa imah. mula2
imah dgn kamarul ni kawan je, kamarul ajak gi shopping, gi
makan satay, gi bowling. Entah macam mana, hati imah
ni dah terpaut lak kat kamarul nih… maka hilang la bayang2
razak drpd hati imah..
Setelah genap 3 tahun.. razak pun pulang ke singapura. Beria2 le
mamat nih nak jumpa imah. belum sempat nak call imah, razak
ternampak imah dgn kamarul tengah date kat tengah2 town.
maka berderai le jiwa raga razak.. sedih…

Kali ni aku nak buat betul-betul....sumpah..

Nak kuruskan badan ni, tidaklah susah mana. Kalau boleh buat 2 perkara ini, insyaAllah boleh kurangkan berat badan dengan cepat.
1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah jogging atau berenang.
Dibawah ini saya catatkan petua atau tips nak kuruskan badan;
* Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme yang rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan Disimpan Sebagai Lemak.
* Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap sama.
* Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.
* Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Dr…

Diam tak diam..

Imej
Hari ni wall FB aku mmg meriah habis....surprise!!!....hepi besdey to me....hepi besdey to me...
Diam tak diam dah 2 tahun aku meraikan besdey aku di Facebook...ngan kawan2...thanks untuk semua rakan2 yang sudi mengucapkan...terharu sangat...maklumle orang tua ni cepat beno sensitipnya...sobb..sobbb...er...ada lagi ke yang ketinggalan nak wish ni...cepat!!cepat!!...sebelum terlambat...
Owh....dah tua aku rupanya...

Padah yang sengaja diundang

Bekas isteri Schwarzenegger berang
LOS ANGELES - Bekas wartawan stesen televisyen NBC, Maria Shriver, 55, berasa amat marah selepas mendengar Arnold Schwarzenegger mempunyai anak luar nikah semasa mereka masih menjadi suami isteri, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut laporan laman gosip TMZ.com, Shriver dilaporkan menjadi 'histeria' apabila mendapati Schwarzenegger mempunyai seorang anak luar nikah dengan seorang amah yang pernah bekerja di kediaman mereka.

Akibat terlalu marah dia nekad mahu mengadakan sidang akhbar bagi menghebahkan kecurangan suaminya kepada umum.

Namun, selepas Shriver ditenangkan oleh rakan-rakannya, idea mendedahkan cerita aib tersebut kepada TMZ.com dan akhbar LA Times kemudian mula dibuat.

Shriver yang telah berkahwin selama 25 tahun dengan Schwarzenegger merupakan bekas gabenor California dan dikurniakan empat cahaya mata.

Schwarzenegger dan Shriver berpisah pada Januari lalu.

Sementara itu, seorang amah yang melahirkan anak luar nikah Schwarzenegger…

Air zamzam...begitu ceritanya

Imej
telaga matair zamzam



Kalau 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter zam-zam ke negaranya, itu saja sudah 10 juta liter. Disamping itu selama di Mekah, kalau saja jemaah rata-rata tinggal 25 hari, dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari, maka totalnya sudah 50 juta liter!!. Ini hanya gambaran saja, betapa luar biasanya air zamzam ini dikonsumsi manusia, tanpa pernah kering!


Keanehan air Zamzam

Pada tahun 1971, seorang doktor dari negeri Mesir mengatakan kepada Press Eropah bahawa air Zamzam itu tidak sihat untuk diminum. Asumsinya didasarkan bahwa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut. Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemu dian mengendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari perigi Zamzam. Masya Allah.

Tentu saja ini merupakan prasangka buruk yang merugikan dunia Islam. Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang amat marah mendengarnya. Beliau lalu memerintahkan Mentri Pertanian dan Sumber Air…

Tak salah kalau aku hanya bayangkan...

Imej
Bila duduk saja2 ni..mulalah dalam otak ni membayangkan..
hanya membayangkan aje ye...tak lebih dari itu..
sambil tu...tarik nafas dalam-dalam...


Hhhmmm nasi goreng kampong / nasi goreng bandar / nasi goreng cina / nasi gorang telor kembar / nasi goreng USA / nasi goreng ikan masin / nasi goreng biasa / nasi goreng telur mata kerbau / nasi goreng paprik / nasi goreng pataya / nasi goreng patani / nasi goreng pnom pheh..bla bla bla banyak sebenonya...hingga tak terbayang..

Itu baru Nasik, belum cerita pasal mee lagi, mee bandung, mee hailam, mee hoon, mee hong kong, mee rebus, mee goreng, mee ratna, mee laksa, mee magee, mee kuning, mee hijau, mee pinang, mee Pnom Phenh bla bla bla etc etc….owh...alangkah!!
Tiba-tiba angan2ku dimusnahkan oleh deejay kat dlm radio...ishhh...
katanya..
Nabi hidup sehari kenyang dan sehari lapar bukan kerana Nabi amalkan diet, atau Nabi muflis, tapi kerana rumah Nabi memang tiada makanan! Langsung! Pernah satu pagi nak bekpes, isteri baginda cakap maka…

Hilang lagi..

Imej
Setiap kali kerumah orang kawen,pasti selipar aku hilang.
Pelik...kenapa orang2 selalu sangat berkenan dgn harta aku yang satu tu..
Puas mencari dan meninjau, akhirnya aku memutuskan berkaki ayam je balik rumah.
Walaupun ada rasa kecewa dan terkilan dalam hati, aku berusaha mengikis perasaan itu dan memujuk hati untuk membuangnya jauh-jauh.Apa boleh buat..selipar tu bukan rezeki aku.

“Biarlah, kita anggaplah sebagai sedekah saja kepada orang yang mengambil selipar itu. Mungkin dia yang lebih memerlukan selipar itu. Siapa tahu dia ada kemudaratan dan masalah yang memaksanya mengambil selipar itu. Mungkin juga orang meminjamnya untuk ke tandas dan bilik air.
Er..tapi sampai bila??

Allahu akbar! Allah Maha Besar dan Allah juga Maha Mengetahui.
Petua apa lagi harus aku gunakan supaya selipar aku tak hilang lagi disambar orang..
Aku sayang selipar aku!!!...:(

Kau siapa...aku siapa?

Imej
Kita bukannya baik untuk kata kita baik
kita bukannya pandai untuk kata orang lain bodoh
kita bukannya kaya untuk kata orang lain miskin
kita bukanlah hensem untuk kata orang lain hodoh
kita bukanlah cun untuk kata orang lain cantik
kita bukanlah alim untuk kata orang lain tak sembahyang
kita bukanlah kuat untuk kata orang lain lemah
kita bukanlah berani untuk kata orang lain penakut

kesimpulannya...kita adalah diri kita
dan kita bukanlah siapa-sapa..
moral...jangan suka menghina orang...

Orang Melayu VS Omputih

Imej
Dah puas aku ajar Aiman guna garpu,pisau ngan sudu bila makan mende nih...


Tapi....kejapppp je...pastu...guna tangan juge...
Dia siap tanya "mak nak?"
alamak...kembang dah tekak aku...


Lama2 aku yang boring,
lantak ko le Aiman..janji kenyang
Kalo dah namanya Melayu..Melayu juge la...
Alahaiii....

Blurrr sekejap..

muqaddar jb mukhtalif hoon
duaain be_asar ho jayain
sabhii manzar bikhar jayain
to aisay main bagavat ki
koshish nahi krna
kisi k sath chalnay ki
kisi k dil main basnay ki
kabhii khwahish nahii krtay
kisi ek shakhs ki khatir
sabhii se door ho jana
kahan ki ye muhabbat hai
muhabbat ye nahii hoti
muhabbat dil main hoti hai
muhabbat aks hai rab ka
kabhii ye marr nahii skti
hamesha sath rehti hai
hamesha sath chalti hai
milay jo hamsafar tum ko
ussi k sath chalna tum
ussay dhadkhan bana lena
ussay dil main basa lena
magar kismat se lrnay ki
lakeeron se ulajhnay ki
kabhii koshish nahii krna
kabhii koshish nahii krna

p/s..amende dia tulis ni..aku langsung x paham

dari FB Dulhan dulhan

Al Fatihah buat semua mangsa tanah runtuh

Imej
HULU LANGAT - Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh manakala tiga lagi dilaporkan masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang menimpa blok dewan makan di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa dan Madrasah Baitul-Taqwa di sini petang semalam.

Sehingga pukul 11 malam tadi, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan sembilan mangsa yang terselamat termasuk seorang warden asrama berusia 22 tahun.

Kesemua yang terselamat dihantar ke Hospital Ampang dan Hospital Kajang untuk rawatan lanjut.

Dalam kejadian pukul 2.15 petang itu, seramai 49 penghuni yang kesemuanya lelaki bersama lima penjaga berada di dalam bangunan tersebut dan sedang mengadakan latihan nasyid serta menghias dewan makan untuk majlis sumbangan derma bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang dijangka berlangsung pada pukul 5 petang.

Ketika kejadian, seramai 24 penghuni sempat melarikan diri manakala 25 yang lain termasuk lima penjaga dilaporkan hilang.

Kesemua penghuni yang terperangkap berusia antara tujuh hingg…

Macam-macam hal daaa.....

Imej
Semakin ramai mampu membeli kenderaan w/pun harganya semakin meningkat.


Bila harga roti canai dinaikkan 10 sen sekeping ketika kerajaan menaikkan harga tepung 10sen sekilo.


Bilamana rancangan WWF ditayangkan...perempuan lebih teruja menontonnya...orng lelaki sentiasa tertidur!!Cubalah kalo penggustinya wanita...pasti mata silelaki pulak yang celik ,macam nak terkeluar biji mata!!!


Lihatlah...harga henpon sekarang lebih murah dr sewa linenya..
Er...tapi sekarang ni macam-macam promosi ada...pilih jew..


Jauhi riba!!!!
Bila kita terlambat bayar duit bank..kita kena bayar faedah,tapi bila kita terlebih bayar..kene tunggu 4-5 bulan le jawabnya utk mendapatkan 5 sen balik....tanpa faedah!!!

p/s Err...aku bebel jew..

Menari diatas Al-Quran...Nah!!!!.....terimalah azab dariNYA

Imej
gambar -dari gugel juga


Kebiasaan penulis tunaikan solat Jumaat di sebuah dewan berhampiran rumah. Memandangkan anak-anak masih cuti sekolah, penulis ambil peluang bersolat di masjid yang agak jauh dengan rumah.

Sampai di masjid, seorang penceramah berbangsa Arab sedang menyampaikan ceramah menggunakan bahasa Inggeris. Biasalah di negara orang putih, guna bahasa Inggeris.

Menjelang tahun baru 2011 , maka penceramah menyentuh isu tahun baru. Beliau memperingatkan jemaah solat Jumaat yang hadir supaya tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah kerana menyambut tahun baru.

Penceramah mengambil kisah Nabi Daud dan kisah azab Allah ke atas bani Israel yang melanggar larangan Allah menangkap ikan pada hari Sabtu.

Penulis tidak akan menceritakan kisah azab Allah ke atas bani Israel sebab ramai yang tahu kisah ini. Penulis akan ceritakan kembali kisah benar yang diceritakan oleh penceramah sebelum beliau menutup ceramahnya.

Penceramah berkata, seorang komando tentera Turki b…

Kisah azab mayat seorang polis Melayu

Imej
gambar curik dr gugel jew

Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar.
Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut.
Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.
Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.
Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam.
Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam.
Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur.
Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku…

Kesiannya baby ni...

Imej
Allahuakhbar....tak nak komen apa2...just tgk jew...

Kubur dikubah masjid??..korang dah tahu ke...aku baru tahu..

Imej
Ini adalah suatu kisah keajaiban terjadi sekitar 90 tahun lalu diriwayatkan oleh Syeikh Al-Zubaidi. Seseorang telah cuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW, Masjid Al-Nabawi (Gumbad-e-Khizra)

Namun, ketika dia memanjat kubah untuk mulakan kemusnahan, tiba-tiba kilat memusnahkannya dan dia meninggal dunia di situ. Lantaran itu tidak ada seorang pun yang mampu mengalihkan mayatnya dari puncak kubah.

Beliau juga mengatakan bahawa orang yang soleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengambil mayat dari puncak kubah itu dan bahawa ia harus dikebumikan di situ sebagai amaran dan peringatan bagi orang-orang yang mungkin cuba untuk menghancurkannya pada masa akan datang.

Akhirnya, mereka memutuskan untuk mengebumikannya tepat ada pada kubah dan menutupi tubuhnya dengan penutup hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang lain.


Wallahua'lam, Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa. -

Credit To : fajridil.blogspot.com

Alahai..napelah gambo ni wujud...adussss...

Imej
Bling2 dah mata aku nih....
aku dah tak sanggup nak tafsir.korang tafsir sendirik je la..

Yang ini DIKECUALIKAN!!!!!

Imej
Seorang gadis bernama Hayley Harbottle menderita keadaan gangguan genetik yang jarang ditemui yang membuatkan wajahnya lumpuh.

Ertinya, Hayley tidak dapat tersenyum,tertawa,menangis atau marah.


“Hayley memiliki kehidupan yang sukar. Orang-orang berfikir dia adalah seorang pemurung .. Saya sangat berharap melihatnya tersenyum suatu hari nanti” kata ibu Hayley.

Menurut diagnosis doktor, Hayley tidak memiliki saraf penting untuk membentuk ekspresi wajah.

p/s..Haa...kalo yang ni x pe la...dah itu takdir dia kan,nak wat camana...er...dia dikecualikan senyum...

Lagi pasal senyum....

Imej
Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

Ada lagi ni..
senyum itu sedekah...
senyum itu ramah...
senyum itu mesra..
senyum itu baik..
senyum itu cantik...
senyum itu manis...

Senyum pada hakikatnya adalah salah satu anugerah indah dari Tuhan Yang Maha Indah. Tuhan sengaja menganugerahkan senyum sebagai sebahagian dari keindahan manusia. Sayang, anugerah indah ini, tidak banyak ditemui di wajah banyak manusia. Dunia akan jauh lebih indah bila penduduknya gemar tersenyum.

Senyum pada hakikatnya adalah keperluan manusia. Siapa yang senang tersenyum membuat jiwa, perasaan, fikiran dan fizikalnya dipenuhi salah satu keperluannya. Bila manusia tidak senang tersenyum, ada luka di jiwa, rasa dan pikirnya. Sang jiwa yang terluka memb…

Payah sangat ke nak senyum...

Imej
Senyum.....bukan susah sangat pun ...
bukan kene bayar duit pun..
Aku heran kenapa pihak atasan ni susah sangat nak senyum kat para pekerja diorang.
Jatuh ke taraf diorang,hina sangatkah yang kat bawah2 ni?
Kadang2 penat je kita senyum kat diorang,tapi diorang wat dhekk je..
Bukankah senyum itu juga dikira sebagai sedekah..tak ingin ke diorang buat amal jariah spt itu?

Pada dasarnya, semua orang boleh tersenyum dengan siapa saja. Namun, kadang kerana ketidak seimbangan hormon mahupun mental membuat sebahagian orang payah nak tersenyum. Diorang tak tahu ke yang senyuman itu dapat menggambarkan suasana hati seseorang.

Seperti kata Abdullah Sauqi dalam tulisannya“Senyuman yang tulus dari seseorang meberikan refleksi kejiwaan positif kepada orang lain. Seorang muslim selalu diajarkan agar memiliki sifat lapang dada dan senantiasa terbuka menebarkan senyuman kepada orang lain,
Lebih jauh tentang makna senyuman, seorang muslim yang tersenyum saja sama telah menebarkan kegembiraan dan ka…

CINTA???

Imej
Cinta adalah perasaan istimewa yang dianugerahkan kepada manusia. Cinta menghidupkan jiwa. Cinta menjadikan seseorang bahagia dan merana pada masa yang sama. Sesiapa yang memahami cinta akan menjadi tuannya, bukan hambanya.
Tapi hati-hati juga dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sehat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.
Harus diingat kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan didalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan didalamnya.
Jangan lupa kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Hhhhmm…

Al Fatihah..

Imej
Aku belum sempat lagi mengenali beliau...
mengenali belaiu dialam maya ini pun belum sempat juga..
tapi baru kejap tadi bila terbaca di blog Ben Ashaari..tuanpunya blog..


dari NYA kita datang dari NYA juga kita kembali..
Al Fatihah..

Belasungkawa Buat Penulis Blog Telordibasuh (Abdul Hakim)

Posted on Thursday May, 19 2011 | 7 Comments




Beberapa hari lepas saya teringat si Hakim ni. Walaupun tak pernah jumpa, tapi kenal rapat melalui facebook. Beliau adalah penulis blog telordibasuh.blogspot.com , dan juga kawan rapat kepada penulis blog tubelawak. Tak sangka, bila cek kat facebook, rupa-rupanya beliau sudah dimasukkan ke ICU Hospital Putrajaya kerana mengalami jangkitan kuman di paru-paru. Kesannya, paru-paru menjadi keras dan beliau tidak dapat bernafas sendiri. Baru sebentar tadi tiba-tiba tubelawak inform di facebook:

Abdul Hakim Bin Mohd Kamal atau lebih dikenali sebagai "telordibasuh" telah meninggal dunia sebentar tadi.. sama-sama kita berdoa semoga rohnya ditempatkan d…

Rintihan, hembusan dari lokap Mona,itu cerita "dia",ini cerita aku...

Imej
myMetro | Rintihan, hembusan dari lokap Mona

NGERI...lokap dan kawasan lokap di IPD Raub yang menempatkan Mona dan suaminya.

RAUB: Suara rintihan pada lewat tengah malam, hembusan nafas di tengkuk yang meremangkan bulu roma dan perasaan seperti diperhatikan seseorang, antara pengalaman seram ditempuhi anggota polis bertugas di lokap yang pernah menempatkan Mona Fandey bersama suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Hussin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

Suasana menyeramkan itu berlaku selepas ketiga-tiga mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2 November 2001 selepas didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993.

Selepas hampir 10 tahun kejadian menyeramkan itu ‘disimpan’ anggota balai berkenaan, baru sekarang ia didedahkan kepada umum dan orang ramai boleh menempuh sendiri pengalaman aneh itu apabila lokap berkenaan bakal dijadikan destinasi pelancongan dalam ‘Pakej Lawatan Ber…