Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

Haaa...kan aku dah kata..meh sini baca!!...baca betul-betul!!!

Sekarang ni ramai yang pakai cincin...tapi ikut suka dia je..sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi oppss khinzir lembut sikit, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima m…

Makan dengan tangan-kenapa orang Melayu suka ekk??

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab
makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga
merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka
tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan
kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu.
Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah
rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini
dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja
Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini
diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang
berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese – The
Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident
menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.
Ketika semua tetamu jemputan telah ber…

Mayat Isteri Zina Diserang Ribuan Lintah

Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih menyedihkan ianya bukan sahaja melibatkan remaja malah lebih ramai di kalangan individu dewasa yang bujang mahupun yang telah berkahwin! Seperti yang pernah penulis kisahkan tentang kecurangan isteri dan balasan yang diterima akibat perbuatan menduakan suami, kini sekali lagi penulis ingin menceritakan azab seksa seorang wanita yang berkahwin tetapi masih melakukan seks bebas.

Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En.Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan , Pasir Mas, Kelantan. Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya.

“Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah …

Raja nak kahwin aku yang teruja

Imej
Utk pengetahuan tuan2 dan puan2, pompuan/minah aku ni suka cakap kat laki2:

``kita takleh nilai orang dari kecantikan. nanti dah tua, buruk juga rupa."

kata2 ni lahir, bila ada orang laki yg sedang memilih ``bakal isteri." kebetulan dia adalah lawa, cantik dan comel.
Hmmm...bila tengok orang nak kawen aku pun rasa cam dalam mood kawen gak skali..
Nak2 bila raja2 omputih ni nak kawen..rasa aku nak terbang skali gi London..tapi apakan daya...x dijemput..sedey..sobb..sobbb
Dan kata aku..bertuahnya badan bila dapat kawen ngan anak raja...ops!!!...terlebih suda!!!
Dan kata aku lagi..
Tetapi jodoh itu ketetapan tuhan.Sudah ditetapkan.Orang itu atau orang inilah sebenarnya.Mana boleh pilih-pilih sekiranya sudah tetap.Kan??
Jadi pikir sendiri ler..Cinta itu tarikan.Ada orang tertarik dengan orang comel-comel.Ada pula yang tertarik dengan yang gemapl-gempal.Lawa, hensem dan menarik itu berbeza mengikut pandangn manusia.Manusia menilai mengikut persepsi.
P/s..aku pun nak ambik mood pe…

Jaga batas bergaul dalam FB

SOALAN
KEBELAKANGAN ini ramai yang melayari facebook (FB). Apa hukumnya wanita yang telah berumahtangga mempamerkan gambar termasuk yang tidak menutup aurat untuk dikenali dalam profilnya tanpa pengetahuan suami.
JAWAPAN
Perbuatan wanita mempamerkan gambar peribadi yang tidak menutup aurat adalah haram dalam Islam.
Bagi seorang isteri kecantikan dan kejelitaannya hanya berhak ditatap oleh si suami sahaja. Mendedahkan aurat kepada orang bukan mahram adalah ditegah oleh Allah SWT. Lebih-lebih lagi melalui laman sosial yang mungkin ditonton oleh jutaan manusia.
Malahan gambar-gambar ini juga boleh dicetak dan boleh disalahguna oleh pihak tertentu. Maksudnya, janganlah hendaknya orang wanita mendedahkan diri mereka kepada sebarang kemudaratan melalui FB.
Mempamerkan gambar peribadi dalam FB dengan pelbagai gaya dan watak dalam keadaan tidak menutup aurat sangat tidak bermoral. Biarpun dengan izin suami mahupun ahli keluarganya, ia tetap haram.
Wanita adalah perhiasan dunia ini, namun seba…

Fatwa hati

Imej
Berhati-hatilah dalam menjaga hati kerana di situ letaknya iman, tumpahnya takwa. Andai hati kita dicemari dosa dan noda, maka matilah hayat sekeping hati itu untuk bertasbih kepada-Nya.

AKAL DAN HATI

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam…

Akal : Apa khabar iman anda?



Hati terdiam…


Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku…

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi… Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.



Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal :…

Mimpi abad ini..

ROYAL WEDDING OF THE YEAR 2011 | Kate Middleton Berbogel??

Err..tajuk lam paper hari ini..biar betul..tadak mimpi lain ke nak mimpi..
Kata Kate..
"dirinya telanjang bulat di hadapan dua bilion penonton di seluruh dunia yang menyaksikannya melangsungkan perkahwinan dengan Putera William"
Ish...bedo"oh ngak eeiihhh..
Aku dulu pun kawen gak..x de la mimpi bodo gitu...
Itu ke bakal menantu Puteri Diana??...hhhmmm??

Anda kaki PANCING ??Anda sabar tak?..Jom..baca..

Imej
Member aku kata...
kalau nak cari teman hidup carilah seorang pemancing sbb diorang ni terdiri dari golongan2 yang penyabar.Hhhhmmm...tapi betul ke??Sebenarnya banyak yang membuatkan aku tertanya-tanya.
Antaranya;
-Kenapa mesti mengkaratekan batang joran kalau tak dapat ikan?
-Kenapa setelah memancing dikolam berbayar A tapi berpindah ke kolam berbayar B bila x dapat ikan?
-Kenapa mesti bermasam muka kat member sebelah bila dia asyik duk tarik ikan?
-Kenapa mesti duk maki hamun kat ikan yg mmg dah sahih2 tak reti bahasa tu seandainya ikan tu x makan umpan?
-Kenapa mesti marah2 bila kalau ikan yang dipancing tu terlepas?
-Kenapa mesti merungut2 bila orang sebelah tersilang tali pancing?
-Kenapa mesti ambik jugak ikan kalau dah tahu ikan tu spesis yang hampir pupus?
-Kenapa mesti ambik jugak ikan tu kalau ianya sebesar jari kelingking?
-Kenapa ikan ,kalau x makan umpan...nak dituba atau dikaren??
-Kenapa mesti salahkan hujan atau faktor alam yang lain bila tak dapat ikan?

p/s..er..ada …

Segmen santai otak-selipar jepun

Imej
errr... selipar jepun ke ni?

Selipar Jepun yang kita pakai sebenarnya memang banyak kegunaanya..antaranya:
1)Untuk menghidupkan kayu api semasa pergi berkhemah kat dalam hutan
2)Bagi pemancing tegar,ianya boleh dijadikan pelampung
3)Untuk menambah berat getah sekerap bagi penoreh
4)Dipotong-potong utk dibuat buah dadu
5)Dijadikan senjata utk melempang lelaki-lelaki gatal.
6)Bagi orng kampung selalu dijadikan alat utk membaling ayam.
7)Err...dijadikan pelapik sekiranya dirotan guru..

Tajuk..tadak!!!

Mari kita saling bercermin diri.Apa yang kita alami demi sahabat kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan,tetapi itulah yang menjadikan persahabatan mempunyai nilai yang indah.
Sahabat yang tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman,tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mahu berubah.
Teruslah berjalan menapaki jalan ini.Jangan berhenti apatah lagi berpatah balik.
REDHA Illahi kan kita raih.
Janji Allah datang nan pasti
Sungguh tak lama lagi kita akan megetahui kebenaran janji Illahi..

Bila Ondscene suruh bayangkan...

Imej
Bila ONDSCENE...melaporkan diblognya..dengan ayat2 manisnya..
Bayangkan anda diperlakukan begini-kedua-dua tangan anda diikat dengan pita pelekat kemudian semua 10 jari anda ditetak-putus kesemua jari anda.
Aku yang kebetulan tengah syok2 makan sup kaki ayam terus tersedak bila tgk gambar jari yang dipotong kat blog dia tu...
Terus aku terbayangkan jari kaki ayam yang aku kerat2 mlm tadi...eerrrkk...berpinor biji mata..
Dan rasanya trauma aku ambik masa sket nak pulih..tapii...tapiiii...
Sup kaki ayam memang peberet aku...alahai...


P/S...susah bebeno nak komen kat blog Ondscene...

MENGAPA PIRING 'ASTRO' MENGADAP KE KIBLAT

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?
KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia be…

USAH BERTANYA LAGI...(DUIT...DUIT...)

Ku lindung kepiluan hati ku
Agar tiada siapa yang tahu
Di sebalik senyum mesra
Di sebalik gurau senda ku terluka
Engkau kagum melihat sikap ku
Yang tenang selalu
Tapi hakikatnya ku amat kecewa
Dalam senyum ku sengsara

( korus )
Usah berkirim salam melalui teman mu
Usah bertanya lagi tentang diri ku
Usah diungkit-ungkit kisah nan lalu
Usah kau kenangkan saat-saat
Yang pedih menghiris
Masih kau terlalu ku sayangi
Walau aku ingin kau kembali
Namun kerana harga diri
Biarlah ku pendam hasrat hati

P/s..haish... jiwang karat aku ptg nih...bukan ape..duit aku kopak giler hari ni..hua..hua..hua..
TV rosak!!!dekoder Astro rosak!!!!tombol pintu rosak!!!!Moto hubby aku pun rosak!!!!!..semua nak duit tuh...Ya Allah Ya Tuhanku...tolonglah hambamu yang tidak berdaya ini...sobb..sobb
rumah aku sunyi sepi hari ni..mcm pelik jew..tanpa suara2 TV..
Hhhhmmmm....otak aku ni pun memusing ligat..cam gasing...along..duit..along..duit...
Errr...tak yah cari along lah..TV kecik aku kan ada..8 inci..kira boleh …

Susah sangat ke?

Isteri yang baik adalah yang menepati apa yg suaminya hendak...selagi tidak membatasi hukum allah...kalu org lain kata baik suami dia tak suka dia buat gitu...tak baik jugak..yang penting tanya suami...komunikasi..

cuba tanya dia..dia suka isteri yang macam mna..kita ni jenis pasrah ka..jenis yang boleh dibawa berbincang ke..jenis yang boleh membantu suami mengingat tuhan ke...ni kalu asyik pasrah je sedangkan suami kita suke dan berharap sangat kalu kita tegur dia buat salah..lain dah tu...

ada suami suka isteri yang pandai bergurau..or lloyar buruk...mungkin orang lain tak suke..tapi suami dia suker...ada suami suker isteri membebel...org lain mungkin kata isteri x baik tp suami dia suker dengar dia bebel..sehari tak dengar hidup x sempurna...

ada suami suker yang tembam2..tp org kata tak cantik...kurus pinggang 26 baru cun..tp suami tak suker nak buat per...

so jadilah seperti yang suami inginkan..sobb..sobb

Err..susah ke jadi isteri baik nie ..:)

yang penting
kene ade ilmu
dan pen…

It"s me!!

Imej
Aku adalah seorang gemini. aku akui ada split personality. aku boleh jadi sebaik2 umat...juga boleh jadi sekejam2 manusia (terms & conditions apply...).
bukan aku pinta...tapi itulah takdir aku.
be good to me and i'll be good to you.
the choice is yours.
saya tak paksa.(er...tipu sket2 jew.....)

p/s...jgn percaya ngan zodiak ni...syirik...just tuk skew2 jew..:)

Kisah benar....wajib baca!!!

Kisah ini berlaku kat Ampang...

Kawan aku ni seorang salesman kereta, bercinta dgn seorang anak jutawan di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini ditolak kerana kawan aku ini seorang salesman kereta.

Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri. Selepas berjaya melarikan diri, bapak perempuan ini sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dgn mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik ke rumah.

Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit antarabangsa dan keluarga pihak permpuan itu pun menerima lelaki ini dengan seadanya.

Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan utk majis perkahwinan itu sedang disediakan. Nak dijadikkan cerita, Semasa Lelaki ini pergi membeli Kentaki kat Ampang Point, dia kena langgar kereta di hadapan perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu pun dikebumikan. Kejadian ini amatlah meyedi…

Korang tak rimas ke

..Korang tak rasa ke malas nak angkat henpon/talipon.. kalau dah satu hari 30 kali berdering?
Aku rasalah orang gila je angkat talipon bila talipon berdering berpuluh kali tu.. org waras dia tak angkat talipon, tp dia angkat gagang dan jawab panggilan talipon tu ..mmm..betullah firasat aku ni..
Kes ni terjadi kat kawan aku ni..kejap2 bunyi tepon...kejap2 bunyi tepon..aku yang tukang tengok ni...
...oh, rimasnya!
Yang tepon tu bukan sape2...suami dia..pelik sungguh,bukannya cakap penting pun...macamlah bini dia tak balik umah..
Kalau pasal kerja okey sahaja rasanya.
Tapi kalau buah hati yang menelefon sampai 60- kali duk tanya buat apa..dh makan ke blum...dah masuk toilet ke blum..
Kalau akulah..mau aku cabut simcard tu tukar nombor lain...

Pada laki dia tu..
AGAK2 LA KALAU NAK TAKE CARE SEKALI PUN..

Amaran: Umor Dibawah 40 Tahun Dilarang Membaca Artikel Ini.Kalau baca jugak..siap korang!!!

Jgn kata isteri saja. suami pun kena pandai goda isteri gak. kalau isteri saja yang kena berusaha jaga penampilan diri dan melayan suami, suami pun kena macam tu pun gak. bila kat luar je bergaya, tapi kt umah pakai kain pelikat tak berbaju, pastu perut mula kedepan, malas makin menjadi-jadi, macam mana isteri masuk bilik tak terus berdengkur kalau semua kerja rumah kena buat sorg2 tanpa bantuan suami. so dalam konsep ni semuanya kena sama adil. ada give & take.

ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun.

Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa.

Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara le…

Cakap tak serupa bikin

Berapa korang kena bayar kat pengasuh anak ..?

Rm 200..?
Rm 220..?
Rm 250..?
Rm 300..?
Ada juga yang bayar dalam Rm280.00 ..... start dari pukul 8 pagi hingga 8 malam . Dari hari isnin - sabtu .
korang rasa ok ker ..? Tapi jangan tak tahu,ada juga yang hantar anak..janji ambil kul 5 ptg setiap hari,tapi janji hanya tinggal janji...
Hari ni ambil kul 5.30,esok kul 6.30..pastu kul 7.00 dan yang lebih harunya ambil kul 9 mlm...ishk..ishk..ishk..ape hal ni??tapi time bayar..cammmmm tu jugak...tak kesian ke kat pengasuh tu..diorng pun manusia mcm kita jugak.Nak orang jaga anak kita tip top,tapi kena sesetgh dari kita terlalu berkira??
Aku selalu jugak mendengar keluhan dr pengasuh yang dijanjikan tak serupa bikin..kesiann..naib diorng mmg tak terbela..tapi bila tengok muka baby yang dijaga..pengasuh tu sendiri yang tak sampai hati..tapi makbapak budak tu langsung tak kenang..hhhmmm...any komen???

p/s aku juga pernah jdi baby sitter...sbb tu aku rasa lebih rela jadi tukang sapu dari jadi …

Doa aku utk malam ini.

Kepada suami dan anak2,pembaca blog ,pencinta Facebook,pncinta ilmu,kau aku dan dia ,korang, diorang dan mereka,or semua yg bernama ummat NABI MUHAMMAD SAW semoga dlindungi dan djauhkan dari azab api neraka.
AMIN
AMIN
AMIN
AMIN YA RABBAL ALAMIN

YA ALLAH SWT berkatilah hidup kami..ampunkan dosa2 kami..
AMIN
AMIN
AMIN
AMIN YA RABBAL ALAMIN.

p/s..malam ini tetiba terasa insaf..

Tak pernah sempurna

Manusia memang tak pernah bersyukur....

kekadang kita ibarat org buta yg pd mulanya hanya memohon pd tuhan untuk melihat...
siang dan mlm berdoa hanya untuk melihat keindahan bumi ciptaan tuhan.
tapi apabila dpt melihat adakah kita bersyukur? TIDAK!
bila dpt melihat, kita akan meminta perkara lain...
bila kita tgk org ada basikal baru kita mohon pd tuhan dpt basikal buruk pun jadila...
bila dpt basikal buruk kita akan minta basikal baru
dpt basikal baru nak pulak moto buruk...dpt yg buruk nak pulak yg baru...
adakah kita bersyukur? TIDAK!
pastu tgk org pakai keta kita pun nak jugak! dpt keta buruk pun jadikla...
dah dpt nak pulak yg baru tu...kiranya..tak bersyukur jugak la kita!

bila semua dh ada nak berbini pulak! dah dpt bini buruk, nak yg lawa pulak..
bila kita nak bersyukur? mula 2 hanya nak melihat jer.. skang dah mcm2 nak..

Allahuakhbar!!!

Sudah sudahlah tu...

Kepada sapa2 yg baru nak kawin saya nasihatkan pilihlah pasangan anda...
yg pompuan pilih la yg hensem sbb nanti bila dah kawin tak yah la tgk jantan lain
begitu jgk ngan laki2,pilih yang cantik jer,
nanti tak yah tgk pompuan lain.
Sebenarnya saya amat rimas bila seorang akak ni hari2 duk citer pasal bakal menantu dia,kononnya nak yang tinggi2 mcm model,yang putih2 mulus...berkerjaya hebat..aduhhh...penat!!

Tapi demi sebuah nilai persahabatn..saya dan seangkatan...tetap tersenyum ala2 manja gitu,malas juga nak layan..Harap dia cepat sedar...
Cuma satu je pesan saya..
kalau dulu :
jangan tunggu lama-lama
nanti lama-lama awek dikebas orang!!

sekarang :
jangan tunggu lama-lama
nanti lama-lama pakwe di kebas orang.. huahuahua..

Anyway, asaskan perkahwinan kita dengan niat lillahitaala..
Allah Taala sebagai pelindung.. InsyaAllah bahagia...

Jangan kahwin atas niat mata birunya ke, suaranya ke, rupanya ke, hartanya ke, keretanya ke, pekerjaannya ke, pakejnya ke, bodynya ke...
kelak kita j…

Susahlah kalau macam ni..

ada yang cakap betul

ada yang cakap salah

ada yang cakap tak berapa betul

ada yang cakap ikut tempat.

ada yang cakap yang suka2

p/s...susah...susah!!!

Bolehkah aku??

Imej
Kami meninjau2 ketempat ini....Tanjung Resang,Endau..

Jalannya yang tandus dan sunyi..





Khabarnya suami saya sekali lagi akan ditukarkan,kali ini kesini pulak sebagai gurubesar,jangankan saya...Aiman sendiri merenung jauh...masaalahnya bukan terletak pada suami saya,suami saya sendiri tidak kisah sekiranya akan dihantar kemana2..kerana itu memang jiwanya...masaalahnya terletak pada diri saya...mampukah saya menjalani kehidupan sehari2 ditempat baru seperti ini?

P/s sangat2 tak puashati ngan henpon saya nih...
akakkkkkkk....pulang balik henpon mak!!!!

Ini buktinya saya berkata BENAR...

Imej
saya zoom kan lagi..



Disiplin? Adakah disiplin itu penting dalam kehidupan manusia? Disiplin boleh ditakrifkan sebagai peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang agar berkelakuan baik. Apabila kita menyentuh tentang kemerosotan disiplin, secara spontan kita akan tertumpu kepada golongan pelajar. Jelas terbayang di fikiran kita pelajar ponteng sekolah, bertumbuk dan menghisap rokok. Namun, dewasa ini, pelajar bukan sahaja berani melanggar disiplin sekolah malahan ada di antara mereka yang terlibat dengan kegiatan jenayah seperti menagih dadah, mencuri, peras ugut serta menjadi anggota kongsi gelap. Adakah disiplin di kalangan pelajar hari ini telah merosot? Jikalau ianya benar, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memulihkannya kembali dan apakah faktor-faktor yang menyebabkan disiplin di kalangan pelajar merosot. Disiplin itu sangat penting dalam membentuk peribadi, moral dan akhlak yang tinggi di kalangan para pelajar agar dapat menjadi teraju pemimpi…

Siapa yang lebih cemburu...

Sifat cemburu ni adalah naluri manusia yg sememangnya amat sukar nak
dibendung. Byk gak jenis cemburu... ada yg positif & ada yg negatif. Bila
kita ckp pasal cemburu ni, dah tentu ramai yg menuding jari & mengaitkannya
dgn kaum hawa. Ramai beranggapan bhw org perempuan ni kuat cemburu.
Sebenarnya dlm soal ni, kita tak boleh nak tuduh sesapa pun, samada lelaki
mahupun perempuan. Sifat cemburu ni ada pada setiap manusia. Cuma kita perlu
bijak dlm mengawal perasaan cemburu tu. Jadi pikir2kan lah yg mana baik & yg
mana buruk.



Dlm kebanyakan hubungan mmg terdpt sifat cemburu. Masalah timbul apabila
pasangan yg cemburu ini mengugut utk memutuskan hubungan & pasangan rasa
tergugat. Ada pasangan sedar bhw sikap cemburu mereka ini kurang
menyenangkan tapi tidak mampu mengawalnya. Mereka rasa apa yg mereka lakukan
itu betul. Mereka sentiasa ingin tahu apa yg dilakukan oleh pasangan mereka.
Jika terlewat 10 minit pun, pertengkaran boleh berlaku.

Antaranya...

1. Dia me…

Wanita..akalnya senipis rambut...benarkah?

Jangankan lelaki biasa..
nabi pun terasa sunyi tanpa wanita..
tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah..
masih mencari walau ada segalanya..
apa yang ada didalam syurga..
namun Adam tetap rindukan Hawa..
dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok..
untuk diluruskan oleh lelaki..
tetapi seandainya lelaki itu tidak lurus..
mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.



Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah..
kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah..
didiklah mereka dengan panduan dariNya..
jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta..
kerana nantinya mereka semakin liar..
jangan hiburkan mereka dengan kecantikan..
kerana nantinya mereka semakin derita..
kenalkan mereka kepada Allah..
zat yang kekal..
disitulah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya tebalkan ia dengan ilmu..
hati serapuh kaca kuatkan dengan iman..
perasaan selembut sutera hiasilah dengan ahlak..
suburkanlah ia karena dari situlah na…

Aku tak tahu lagi harus berbuat apa....

Bila dah berumahtangga ni..macam2 masalah yg datang..tu semua untuk menambah kematangan kita dalam hadapi situasi begini..

kita cuma boleh dengar apa yg org kata sebab yg mengalaminya kita sendiri..

so, rasanya anda jer yg tau mana salah silapnya..sesekali tu gembirakanlah hati kita sendiri..jangan terlalu berkorban pada mereka yg tak memerlukan pengorbanan kita..rasanya paham kan..

Saya tak nak membebel,tapi rasanya macam nak membebel,melepaskan perasaan yang menyesak dada..
Selalunya orang lelaki nie mahukan yg terbaik dari isteri tapi
dia sendiri??.....

- Nak isteri lawa,cun,slim - Tapi dia buncit,boroi & selekeh
- Nak isteri ikut kehendak suami - Tapi suami x pernah memahami isteri
- Nak isteri duduk kat umah - Tapi suami melepak kat kedai kopi

Klu nak buat senarai memang tak terkira banyaknya.......
Apa2 pun dah jodoh...... terima ajelah......
Kita dah melakukan yg terbaik, banyak2 berdoa untuk kebaikan bersama...

Dulu pernah terbaca salah satu saranan dia bila ma…

Diorang ni lagi....hhuurrmm....

Imej
SELALUNYA sehelai gaun hanyalah dianggap sepersalinan pakaian, tetapi dalam kes pemakainya, Kate Middleton, tanggapannya jauh berbeza.

Gaun perkahwinan wanita itu akan menjadi simbol kepada transformasi dirinya daripada orang kebanyakan menjadi seorang puteri raja.

Sesuai dengan panggilan Kate yang berubah menjadi Catherine, imejnya di hadapan berbilion orang nanti turut berubah sebaik sahaja dia bertukar-tukar sumpah dengan pewaris takhta Britain, Putera William pada musim bunga depan.

Gaun tersebut mestilah elegan, dikenang lama dan sempurna. Ia perlu ada keseimbangan terserlah yang memadankan gaya moden dan tradisional, menggoda tetapi tidak terlalu seksi, ada kelas namun tidak terlampau mewah.

Ia perlu kelihatan lebih dewasa daripada gaya meringue Puteri Diana dengan lengan kembang dan leret gaun sepanjang 7.6 meter. Walau apapun pilihan muktamadnya, harapan untuk melihat fesyen baru Kate menjadi tinggi melangit.

Adakah ini gaun yang akan dipakai oleh Kate pada hari perkahwenanny…

Oh Kate...Oh Diana..

Imej
Apa yang menarik untuk dikongsi?....Adaaaa....diorang ni nak kawen dah..jadi saya pulak yang rasa teruja..macamlah raja saya yang nak kawen.Kalau ikutkan hati rasa macam nak gi London je 29 April...nak meraikan,nak meramaikan,nak menyibuk skali..tapiiii...saya tak mampu...kosnya tinggi sangat...dijemput pun tidak...hhmmm..siapalah saya..
Dengar citernya juga bajet tahunan diraja telah dipotong sebanyak £3juta untuk tahun ini... kalau ini diambilkira, mungkin pesta perkahwinan mereka tidak sehebat orangtuanya, Charles-Diana yang telah mampu meraih 750juta penonton secara 'live' seluruh dunia. Itu pada tahun 1981 yang medianya hanya bergantung kepada TV dan seumpama dengannya!


Tetapi pada pandangan saya perkahwenan anaknya tak boleh lawanlah dengan perkahwenan kedua orangtuanya dulu...auranya lebih hebat. Rata-rata stesyen penyiaran memberi tumpuan kepada "Wedding of the Year' waris takhta ini...ketika itu!!

Hebat...hebat..apepun saya akan tunggu siarannya pada 29 Apr…

Nota terakhir Mona Fandey

Imej
AKU mulakan tulisan ini dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Mengasihani. Hatiku kian sebak hanya kerana Allah Maha Esa Maha Mengetahui. Kenapa? Mengapa? Kerana Allah SWT yang menentukan segala-galanya.

Sebelum ini aku tidak pernah mengerti apakah yang dikatakan bahagia. Aku bertanya kepada teman. Ada yang mendefinisinya sebagai suatu keadaan perasaan. Ya, gembira satu perasaan.

Ada pula orang kata, gembira tidak mengisi atau menepati makna bahagia. Namun, aku pasti ia suatu keluarbiasaan. Tetapi, dapatkah merasainya?

Akhirnya aku menemuinya, aku berasa sungguh bahagia, tiada kata-kata untuk diungkapkan. Bahagia ini datang menerpa jiwaku dengan tiba-tiba. Saat itu aku di dalam Masjid Nabawi di Madinah.

Pertama kali aku melangkah masuk ke masjid nan suci itu. Masjid menempatkan makam kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW, junjungan kita. (Ketika itu aku mengerjakan umrah pada 2008. Tahun berikutnya, dengan izin Allah SWT aku dapat menunaikan haji, Alhamdulillah).

Aku masih ingat la…

Anda marah takkkk????

Imej
Jika anda seorang kaki bola, sangat minat pada sukan bola, pendek kata anda memang seorang yang gila bola, makan bola, minum bola dan tido bola, dan jika ada game bola akan sanggup bersusah payah tempah tiket sewa bas pergi menonton bola, sewa pulak parabola untuk menoton siaran langsung akan dunia sukan bola..

Tiba-tiba, saya datang rumah anda dan ajak pergi tengok bola, anda marah tak?

Tentu anda suka sebab ada yang sehati sejiwa, sama sama gila bola, sama sama minum air hujan, sama yang macam-macam lagi.Tapi sorrylah sbb saya bukan dari golongan giler bola...lebih baik saya layan tidur...

P/s cuma teruja bila dengar jeritan penonton bila GOLLLL!!!!...kalau boleh saya pun sama nak ikut melompat..

Kerana jodoh itu ditanganNYA

Mungkin umur kita dah sebegini..
ataupun kerana sudah berubah fasa…
ataupun masanya sudah pun tiba…
tidak kira di mana sahaja kita berada….
apabila mereka tidak melihat cincin di tangan..
atau bersama sesiapa bergandingan tangan..

pasti soalan itu yang ditanya kepada kita…
jiwa makin resah gelisah..
bilalah pula masa kita….
Tidak ada yang dapat menolak ketentuan Tuhan kecuali doa”

Penyatuan itu..

Fasa berpindah dari zaman bujang hingga zaman berkeluarga bukan mudah.

Fasa duduk bersama teman sejenis dengan akhirnya pasangan suami atau pun isteri sangat berbeza.

Kesemuanya itu memerlukan adjustment.

Cara lelaki befikir dan berkomunikasi sangat berbeza dengan wanita.

Bahasa mereka berbeza dan perlakuan pun begitu juga.

Sebab itu mereka dinamakan suami isteri.

Setiap satunya melengkapi sesama sendiri.

Ia takkan sama, namun ia melengkapkan.

Bagaikan enzim dan substrate, bagaikan kunci dan tempat masuk kunci.

Ianya ngam.

Ianya menyejahterakan.

Hattakan mereka yang kahwin sebab cinta, yang dah kenal bertahun-tahun sendiripun ambil masa untuk adapt dan adjust. Apatah lagi mereka yang kahwin tanpa kenal dan cinta

Tentu selepas berkahwin, adanya expectation dari kedua belah pihak.

p/s Kita , bila kita kahwin, kita nak kekal dalam perkahwinan.Kan??kan??kan??

Bantal busuk..

Imej
Bantal busuk...sebut je mesti orang dah tahu..kat M"sia lah,kalau kat negara lain tak tahulah ada ke tak istilah bantal busuk ni.Seandainya budak kecik yang ada bantal busuk ni memang nampak manis jer,tapi apa halnya kalau orng otai ni pun mesti ada gak bantal yang seangkatan dengannya??Kalau tak ada bantal busuk ni...mesti dia tak leh tidur punyalah,sekalipun bila diganti dengan bantal yang lebih mahal dan cantik.


Bayangkan juga seandainya orang lelaki yang mempunyai bantal busuk,nak-nak kalau yang dah kawen...lebih utamakan bantal busuk dari isteri sendiri...hhuurrmm....makan hatilah para isteri..seandainya suami sendiri pun ada jugak??Camne??...Apa boleh buat..dah laki kita...terima je lah seadanya...

Nauzubillahiminzalik...

20 TAHUN DIGANGGU SAKA

‘Saya dan adik beradik selalu terlihat lembaga hitam yang besar seakan manusia setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling’

“SAYA menerima qada dan qadar ini serta reda atas setiap ujian Allah SWT tetapi kadang-kadang saya terfikir mengapa seseorang itu sanggup ‘mengorbankan’ keluarga sendiri demi mewarisi adat nenek moyang yang jelas bertentangan dengan Islam.”

Begitulah luahan seorang wanita selepas membaca rencana mengenai angkara Saka yang disiarkan dalam Dimensi, tiga minggu lalu. Wanita yang hanya mahu menggelar dirinya Alia, menghantar emel untuk berkongsi pengalamannya lebih 20 tahun dihantui Saka yang diwariskan datuk kepada ayahnya. Berikutan itu, Alia menetap di luar negara untuk mengelak pelbagai gangguan mistik dan menyeramkan angkara saka itu. Ikuti luahannya:


Datuk meninggal dunia ketika saya masih kecil, baru darjah dua. Sebelum meninggal, datuk sebelah ayah lumpuh selama setahun.

Sejak kematian datuk, selalu ada kesan lebam di badan sa…

Just for fun...:)

Cuba eja nama anda. Kemudian lihat siapa anda jika mengikut firasat di bawah ini:
A – anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.
B – anda selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru.
C – anda ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya.
D – anda ada masalah dalam mempercayai orang lain.
E – anda sentiasa seorang yang exited (ghairah).
F – semua orang menyayangi anda.
G – anda ada cara sendiri untuk menilai manusia.
H – anda bukan seorang judgmental, kurang otak keadilan.
I – anda mudah senyum dan boleh membuat orang lain senyum.
J – anda seorang yang cemburu.
K – anda suka mencuba perkara-perkara baru.
L – anda sangat percaya dengan cinta dan mudah tenggelam ke dalamnya.
M – kejayaan mudah datang kepada anda.
N – anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.
O – anda seorang yang berfikiran terbuka.
P – anda seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami.
Q – anda seorang hipokrit.
R – anda seorang yang gemar social.
S – anda sangat broad-minded (fikiran te…